top of page

CIKGU SENI

lead-76.webp

KRAF KANAK-KANAK

Lipatan Kertas Origami

Kanak-kanak memang suka bermain dengan kertas. Ingat tak, dulu Mama dan Papa pun mesti kerap melipat kertas untuk membuat bentuk 3D seperti kapal terbang dan sampan, betul tak? Popular betul bentuk-bentuk tu!

Origami juga adalah seni melipat kertas sehingga menjadi sesuatu bentuk seakan-akan 3D.

Walaupun ia selalu dikaitkan dengan bentuk-bentuk yang rumit, sebenarnya sekarang banyak bentuk yang senang dibuat oleh kanak-kanak dan juga menarik perhatian mereka seperti bentuk dinosaur.

Bahan-Bahan

  • Kertas biasa yang senang untuk dilipat

  • Bahan rujukan untuk buat origami

download (6).jpg

Membina Dengan Menggunakan Kotak Cardboard

Adik-adik tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk menghasilkan binaan. Apa kata adik-adik kitar semula sahaja kotak-kotak yang ada dekat rumah? Lagi banyak kotak yang kita dapat, lagi besar binaan yang kita boleh buat. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga boleh mengajar anak-anak mereka tentang kitar semula barangan yang tidak digunakan. Ini akan membuatkan pemikiran anak-anak menjadi lebih kreatif dan kritis.

Bahan-Bahan

  • Kotak-kotak kadbord (cardboard) terpakai

  • Gunting

  • Gam

  • Cat warna akrilik

Cara-Cara

  1. Gunting kotak tersebut supaya menjadi sesuatu yang ingin dibuat oleh anak.

  2. Gamkan atau guna sellotape untuk mencantum kepingan kotak yang dipotong.

  3. Warnakan kepingan kotak menggunakan cat akrilik.

maxresdefault (1).jpg

Sulaman Tangan

Sulaman tangan atau ‘hand embroidery‘ dapat menghasilkan corak-corak yang cantik dan indah.

Dengan menggunakan benang sulaman dan gelang sulaman, corak yang dihasilkan boleh dibiarkan di dalam gelang tersebut dan digantung sebagai hiasan, atau boleh ditampal pada baju, beg, dan sebagainya.

Bahan-Bahan

  • Benang sulaman

  • Gelang sulaman

  • Jarum

  • Kain kapas

Cara-Cara

  1. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.

  2. Rujuk video-video atau tutorial yang senang didapati.

DQ68j0sUQAAPoPc.jpg

Membuat Gelang Tangan

Membuat gelang tangan atau barang kemas lain selalunya menarik minat anak-anak perempuan, tetapi anak lelaki juga boleh membuat gelang tangan seperti ‘friendship bracelet‘ yang nampak macho!

Video di bawah memaparkan cara-cara untuk membuat rantai menggunakan kertas. Akan tetapi, adik-adik boleh juga menggunakan kaedah yang sama untuk menghasilkan gelang tangan. Caranya adalah dengan memastikan tali adalah berukuran pendek yang boleh memuatkan tangan adik-adik. Senang kan?

maxresdefault.jpg

Belajar Mengait

Aktiviti mengait benang seperti knitting atau crochet dapat meningkatkan kreativiti anak dan mengisi masa lapang dengan berguna kerana anak-anak dapat menghasilkan barangan seperti topi atau baju!

Tambahan pula, aktiviti ini dikatakan bermanfaat bagi anak-anak yang mudah rasa resah atau mempunyai isu anxiety.

Bahan-Bahan

  • Benang kait yang diperbuat daripada kapas, akrilik, atau bulu biri-biri

  • Jarum mengait untuk knitting atau cangkuk mengait untuk crochet

kait1.jpg_1504575926.jpg

Anyaman Kertas

Kraf anyaman kertas adalah sangat menyeronokkan dan boleh dibuat menjadi pelbagai bentuk. Cara untuk membuatnya juga amat senang dan hanya memerlukan beberapa bahan asas.

Bahan-Bahan

  • Strip kertas berwarna-warni (warna pelangi)

  • Gam

  • Kertas manila putih atau hitam

  • Gunting

maxresdefault (2).jpg

Sudah faham kan? Apa kata adik-adik cabar diri untuk lihat tahap kefahaman adik-adik di...

CABAR DIRI

Tokoh Kraf Tradisional

©2023 by Cikgu Seni. Proudly created with Wix.com

bottom of page